Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Prorgam ini terbuka kepada semua golongan dan peringkat usia.
  2. Penyertaan peserta di bawah umur 12 tahun adalah PERCUMA.
  3. Peserta berumur 17 tahun dan ke bawah dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga seperti yang tertera pada borang pendaftaran online dan offline. Borang kebenaran WAJIB ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
  4. Sekiranya peserta menarik diri selepas mendaftar, yuran pendaftaran TIDAK akan dikembalikan.
  5. Sebarang kemalangan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas larian adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
  6. Peserta perlu mendaftar dan membuat bayaran seperti yang dimaklumkan di bawah bagi mengesahkan penyertaan.
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada tepat jam 12 pagi 6 JULAI 2018. Sebarang rayuan selepas tempoh pendaftaran ini tidak akan dilayan.
  8. Setiap peserta akan mendapat 1 x MEDAL dan T-SHIRT EKSKLUSIF MASK FUN RUN 2018.
  9. Terdapat juga acara Cabutan Bertuah di mana peserta berpeluang memenangi TV LED 26", barangan elektrik bernilai sehingga RM500 dan wang tunai berjumlah RM600.
  10. Bagi peserta yang membawa mask paling kreatif dan menarik, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai, voucher dari Salon RATU KD dan banyak lagi.
  11. Sebarang keputusan daripada pihak pengadil dan penganjur sepanjang acara adalah muktamat. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Route Larian

T-Shirt & Medal

Cara Penyertaan & Pembayaran

    Cara Pendaftaran secara Online:
  1. Layari www.resiliencestudios.com.my atau tekan pada link Daftar Sekarang di media sosial.
  2. Tekan pada mana-mana link Daftar Sekarang dan anda akan dibawa ke Borang Pendaftaran Online.
  3. Isikan semua butiran yang diperlukan. Semua maklumat WAJIB diisi.
  4. Selesai mengisi, anda perlu membaca syarat penyertaan dan menanda tick sebagai tanda setuju dengan syarat tersebut. Sekiranya anda tidak menandakan tick, anda tidak akan dibenarkan menghantar borang penyertaan.
  5. Bagi peserta berusia 17 tahun dan ke bawah, anda dikehendaki mengisi Maklumat Kebenaran Ibu Bapa & Penjaga sebelum menghantar penyertaan. Jika gagal, penyertaan anda akan dibatalkan walaupun bayaran telah dibuat. Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya penyertaan dibatalkan.
  6. Selesai pendaftaran dibuat, anda akan menerima borang pendaftaran pada email yang anda masukkan pada borang penyertaan online tadi. Anda boleh mencetak jika perlu.
  7. Bagi peserta yang mempunyai kebenaran ibu bapa dan penjaga, anda WAJIB mencetak borang penyertaan tersebut dan mendapatkan tandatangan ibu bapa atau penjaga seperti pada maklumat yang telah diberi. Penyertaan yang tidak mendapatkan tandatangan juga akan dibatalkan.


    Cara Membuat Bayaran:
  1. Anda boleh membuat bayaran secara Pemindahan Online melalui mana-mana bank anda. Akses ke aplikasi perbankan elektronik anda.
  2. Pilih Pemindahan ke Lain-Lain Bank. Kemudian pilih CIMB Berhad.
  3. Masukkan Nama Penerima : Resilience Studios.
  4. Masukkan Nombor Akaun : 8008736524.
  5. Pilih Tujuan Pemindahan : Fund Transfer.
  6. Pilih Cara Pemindahan : Instant Bank Transfer. Sekiranya anda ingin membayar secara IBG Giro, sila pastikan bayaran anda sampai kepada penganjur sebelum 12 pagi, 6 Julai 2018 bagi mengelakkan penyertaan anda ditolak walaupun anda telah membuat pembayaran.
  7. Pada Recipient Reference, tuliskan Mask Run {No.IC}.
  8. Selesai pembayaran dibuat, anda akan menerima slip pembayaran online daripada bank anda. Sila screen shot atau download slip tersebut beserta nombor, waktu dan tarikh transaksi dan hantar kepada kami melalui whatsapp ke 011-1228-7332 atau 011-1228-7723 pada kadar segera.
  9. Peserta yang telah membuat pembayaran dan menghantar slip pembayaran, bayaran anda akan disemak terlebih dahulu. Selepas bayaran diterima, anda akan diberikan No.Larian anda.
  10. Peserta yang telah menerima No.Larian, anda boleh hadir di Pejabat Stadium Tasik Titiwangsa pada 11, 12 & 13 Julai 2018 (Isnin ~ Rabu) dari jam 5 petang hingga 10 malam untuk mengambil T-Shirt Mask Fun Run 2018 dan Nombor Bip anda.